Nintendo hari ini mengumumkan kerjasama bersama pihak Western Digital untuk menawarkan kad mikro-SD SanDisk berjenama khusus untuk Nintendo Switch.
Ia hadir dalam variasi 64GB dan juga 128GB, selain menawarkan penjenamaan khusus Nintendo Switch di atas mikro-SD berkenaan.
Selain daripada itu, tiada sebarang perbezaan yang ditawarkan pada kad mikro-SD tersebut. Sekiranya anda mempunyai sejumlah besar kad mikro-SD, dengan mendapatkan kad mikro-SD berjenama khusus ini mungkin memudahkan anda mengasingkan ia daripada terguna untuk rakaman video, pada telefon pintar atau sebagainya.
Kad mikro-SD ini akan ditawarkan bermula bulan Oktober ini.