Informasi Permainan Video Terkini
SEGA Kini Menawarkan Permainan Golden Axe Untuk Android Dan iOS

SEGA Kini Menawarkan Permainan Golden Axe Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Sep 1, 2017 oleh .

SEGA melalui penawaran SEGA Forever, mereka menerbitkan kembali pelbagai permainan klasik lama mereka – tetapi dioptimasikan untuk skrin sentuh pada telefon pintar. Terkini, selepas memperkenalkan beberapa permainan sebelum ini, SEGA kini turut telah menambah satu lagi permainan baru, iaitu Golden Axe.

Golden Axe telah diperkenalkan pada 1989 yang lepas untuk Mega Drive, dimana ia menawarkan bentuk permainan arked aksi-membunuh side-scrolling.

Seperti beberapa permua lain dibawah SEGA Forever, Golden Axe turut ditawarkan secara percuma. Walaubagaimanapun, ia hadir dengan sokongan iklan – dan pengguna perlu melakukan pembelian dalam-aplikasi untuk membuang iklan berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Golden Axe ini hari ini dan mencuba sendiri permainan klasik yang popular suatu ketika dahulu.

Muat-Turun Golden Axe untuk Android

Muat-Turun Golden Axe untuk iOS