Selepas memperkenalkan Sonic Mania pada bulan lepas, kini Sega mengumumkan permainan seterusnya dibawah siri Sonic, iaitu Sonic Forces bakal dilancarkan pada 7 November 2017 kelak.

Sonic Forces

Berbeza dengan Sonic Mania yang menawarkan bentuk permainan klasik 2D, untuk Sonic Forces ia menawarkan mod 2D dan 3D. Ia menawarkan bentuk permainan seumpama Sonic Generations, dimana pengguna boleh berubah tahap permainan antara Sonic versi klasik atau moden – dimana versi klasik menggunakan rekaan permainan 2D, sementara yang moden menawrakan bentuk permainan 3D.

Sonic Forces ini akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC pada 7 November 2017 kelak.

Sohor Kini