Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Terbaru Permainan Dragonball Xenoverse 2 Untuk Nintendo Switch

Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Terbaru Permainan Dragonball Xenoverse 2 Untuk Nintendo Switch

Diterbitkan pada Ogos 31, 2017 oleh .

Bagi anda yang mempunyai konsol Nintendo Switch, anda pasti tidak sabar untuk bermain permainan Dragonball Xenoverse 2. Kini, Bandai Namco mempertontonkan trailer terbaru untuk permainan tersebut sempena pelancarannya pada 7 September ini bagi pasaran Jepun. Manakala untuk pasaran global, ia bakal hadir pada 22 September kelak.

Dragonball Xenoverse 2 edisi Nintendo Switch ini bakal menyertakan mod tambahan seperti mod multi-pemain secara lokal dan juga kawalan secara pergerakkan dengan menggunakan alat kawalan Joy Con.

Dragonball Xenoverse 2 adalah permainan yang dilancarkan pada Playstation 4 dan Xbox One pada tahun lepas. Kini ia bakal dilancarkan di Nintendo Switch pada September ini dengan pelbagai kandungan tambahan khas untuk konsol Nintendo Switch.