Informasi Permainan Video Terkini
Demo Untuk PES 2018 Kini Sedia Dimuat-Turun Di PlayStation 4

Demo Untuk PES 2018 Kini Sedia Dimuat-Turun Di PlayStation 4

Diterbitkan pada Ogos 30, 2017 oleh .

Konami hari ini telah mula menawarkan demo untuk permainan PES 2018, sekaligus membolehkan para peminat permainan bola sepak maya berkenaan untuk mencuba terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membelinya atau sebaliknya.

Seperti kebiasaan, versi demo menawarkan pelbagai ciri-ciri secara terhad, berbanding permainan akhir kelak.

Demo ini ditawarkan secara percuma, dan ia menawarkan saiz fail sebesar 4.4GB. Permainan akhir PES 2018 ini akan ditawarkan pada 14 September kelak, pada harga RM229.

Muat-Turun Demo PES 2018 untuk PS4