Informasi Permainan Video Terkini
Knack 2 Demo Boleh Dimuat-Turun Sekarang Di Playstation 4

Knack 2 Demo Boleh Dimuat-Turun Sekarang Di Playstation 4

Diterbitkan pada Ogos 30, 2017 oleh .

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan Knack 2 yang bakal dilancarkan 5 September ini di Playstation 4, kini anda boleh memuat-turun demo permainan ini secara percuma melalui PSN Store.

Knack 2 adalah permainan aksi platformer yang dibangunkan oleh Sony. Ia merupakan sekuel kepada permainan Knack yang dilancarkan bersama Playstation 4 pada 2013 yang lepas.

Anda juga boleh membuat pra-tempahan permainan ini sekarang di PSN Store atau mana-mana pengedar rasmi Playstation.

Muat-Turun : Knack 2 Demo