Informasi Permainan Video Terkini
.hack//G.U. Last Recode Bakal Tiba Di Playstation Pada 3 November Ini

.hack//G.U. Last Recode Bakal Tiba Di Playstation Pada 3 November Ini

Diterbitkan pada Ogos 30, 2017 oleh .

Bandai Namco akhirnya kini telah mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan .hack//G.U. Last Recode pada 3 November ini. Permainan ini merupakan permainan kompilasi .hack//GU vol. 1 Rebirth, Vol.2 Reminisce dan juga Vol. 3 Redemption.

Tambahan juga, permainan ini bakal mengandungi episod khas tambahan Vol. 4. Reconnection yang dibangunkan khas oleh Bandai Namco untuk pelancaran permainan ini. Bagi mereka yang tidak bermain .hack siri asal pula, Bandai Namco juga bakal menyertakan kompilasi video sinopsis bagi permainan siri asal untuk para pemain yang baru.

.hack//GU adalah permainan yang telah dilancarkan di PlayStation pada 2006 lepas. Kini ia kembali sebagai permainan penambah-baikkan khas di PlayStation 4 bersama beberapa kandungan tambahan. Bandai Namco juga menyertakan Cheat Mode dimana pemain berupaya untuk mendapatkan status watak yang penuh dan memudahkan permainan ketika pertempuran. Bandai Namco juga mengemaskini bentuk permainan ini dengan seimbangkan kesukaran musuh-musuh supaya ia menjadi lebih mudah untuk pemain yang baru dan juga pemain veteran.

Bagi peminat siri .hack//GU jangan lepaskan peluang untuk mendapat permainan ini pada 3 November ini khas di Playstation 4.