Informasi Permainan Video Terkini
Art Of Fighting Anthology – Permainan Perlawanan Oleh SNK Bakal Tiba Di Playstation 4

Art Of Fighting Anthology – Permainan Perlawanan Oleh SNK Bakal Tiba Di Playstation 4

Diterbitkan pada Ogos 30, 2017 oleh .

Art Of Fighting adalah permainan perlawanan yang dilancarkan di Neo Geo pada 1992 lepas. Kini SNK mengumumkan mereka bakal membawa kembali permainan ini dalam bentuk kompilasi Art Of Fighting Anthology yang bakal mengandungi Art Of Fighting, Art Of Fighting 2 dan juga Art Of Fighting 3: The Path of the Warrior di Playstation 4.

Art Of Fighting Anthlogy sebelum ini dilancarkan di Playstation 2 dan Nintendo Wii pada tahun 2007. Permainan ini adalah hasil penambah-baikkan dari konsol Playstation 2. SNK juga mengumumkan trofi Platinum khas buat pemain permainan ini di Playstation 4.

SNK masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan ini, seperti biasa kami di Aksiz akan mengemaskini berita permainan ini setelah ia diumumkan kelak.