Microsoft Menghentikan Penghasilan Xbox One Model Asal

Hari ini Microsoft mengesahkan bahawa mereka secara rasminya sudah menghentikan penghasilan dan pengeluaran Xbox One model asal. Xbox One iaitu konsol dari Microsoft yang dilancarkan pada 2013 yang lepas merupakan konsol pengganti konsol Xbox 360 sebelum itu.

Pada Jun 2016, Microsoft telah melancarkan Xbox One S iaitu konsol versi kecil dan ringan berbanding Xbox One sekaligus menggantikan Xbox One model asal. Tampaknya seperti Sony, Microsoft bakal memfokuskan pengeluaran konsol Xbox One S dan Xbox One X – seperti mana Playstation 4 Slim dan Playstation 4 Pro. Seperti Playstation 4 Pro, Xbox One X yang bakal dilancarkan November ini bakal memfokuskan pemprosesan konsol yang lebih berkuasa dengan sokongan resolusi 4k. Setiap permainan baru bakal menyokong kedua-dua konsol cuma bagi konsol Xbox One X ia akan dapat beberapa penambah-baikkan dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Bagi anda yang ingin membeli Xbox One model asal, anda boleh dapatkannya di kedai berhampiran sebelum ia kehabisan stok.

Sohor Kini