Skip to main content

Bagi anda yang masih lagi belum membeli permainan Horizon Zero Dawn atau Gravity Rush 2, ini adalah peluang anda untuk permainan tersebut dengan harga yang murah.

Bermula hari ini sehingga 3 September kelak, Sony mengadakan promosi jualan permainan di PSN Store dengan membeli dua permainan yang tersenarai, pelanggan bakal mendapat 50% diskaun.

Sebagai contoh seperti gambar di atas, apabila anda memilih dua permainan dan meletakkan di dalam bakul pembelian anda, PSN akan mengurangkan harga permainan tersebut secara automatik. Anda boleh mendapatkan kedua-dua permainan Horizon Zero Dawn dan Gravity Rush 2 dengan hanya RM213 sahaja bersamaan satu permainan hanya RM106.50 sahaja.

Antara permainan yang ditawarkan adalah:

  • Horizon Zero Dawn
  • Gravity Rush 2
  • Gravity Rush
  • Locoroco Remastered
  • Parappa The Rapper Remastered
  • Uncharted 4: A Thief’s End
  • Uncharted: The Nathan Drake Collection
  • Bloodborne
  • The Last Guardian
  • The Last Of Us
  • God Of War
  • Killzone: Shadow Fall
  • Drive Club VR

Terdapat pelbagai lagi permainan yang ditawarkan, anda boleh melihat seluruh permainan yang ditawarkan di rangkaian dibawah. Selamat membeli belah!

[info] Promosi Jualan : PSN Store [/info]

Leave a Reply