Skip to main content

Bethesda sedia popular dengan pelbagai permainan berbentuk RPG, termasuk antaranya adalh seperti Fallout dan Elder Scrolls. Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan Bethesda turut mungkin sedang membangunkan sebuah permainan berasaskan kepada siri-TV popular, Game of Thrones.

Desas-desus baru ini hadir daripada sebuah halaman di web Target yang melabelkan ia sebagai Bethesda : Game of Thrones. Walaubagaimanapun, terdapat kemungkinan ia mungkin bukan permainan, atau sebaliknya.

Namun, memandangkan Bethesda sedia membangunkan elemen rekaan naga dan sebagainya pada permainan Elder Scrolls, maka ia mungkin turut menjadi salah satu studio yang sesuai untuk permainan Game of Thrones.

Seperti biasa, ini sekadar desas-desus sahaja, dan mungkin halaman web yang tertiris ini adalah salah satu kesilapan semata-mata.

Leave a Reply