Muat turun torrent haram menerusi pautan di Pirate Bay menyebabkan kerugian berbillion dollar kepada pembangun permainan video. Oleh sebab itu pemegang harta intelek berperang untuk menutup laman torrent popular seperti The Pirate Bay. Bagi pembangun permainan Darkwood, mereka menggunakan laman ini untuk mengelakkan pemain dari ditipu.

Permainan lengkap Darkwood dimuat naik ke The Pirate Bay oleh pembangunnya Acid Wizard selepas menyedari terdapat pembeli yang ditipu. Kod muat turun yang dibeli tidak berfungsi dan menimbulkan kemarahan. Pemain yang tidak mampu membeli Darkwood kini boleh memainkan versi sebenar tanpa perisian hasad dan DRM terus dari sumber.

Mereka hanya meminta peminat yang menyukai permainan ini selepas mencubanya untuk membeli secara sah di Steam. Ini ialah sebagai tanpa penghargaan kepada pembangun. Ini ialah taktik yang unik bagi menjual permainan. Sekiranya anda mahu mencuba pautan ke The Pirate Bay ada di bawah. Bagi yang ingin membelinya pula, pautan Steam turut kami sediakan dan anda hanya perlu membayar RM 31 untuk memilikinya.

Muat turun Darkwood menerusi The Pirate Bay

Beli Darkwood menerusi laman Steam

Sohor Kini