Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Permainan Dari Bethesda Sempena QuakeCon Di Steam Bermula Hari Ini Sehingga 29 Ogos
PC

Jualan Promosi Permainan Dari Bethesda Sempena QuakeCon Di Steam Bermula Hari Ini Sehingga 29 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 25, 2017 oleh .

Bagi anda yang berminat dengan siri permainan terbitan Bethesda Softworks, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan-permainan dari Bethesda pada harga yang murah.

Bermula hari ini sehingga 29 Ogos ini, anda boleh mendapatkan pelbagai permainan dari Bethesda pada harga sangat murah sempena acara QuakeCon yang berlangsung di Amerika Syarikat pada hujung minggu ini. Antara permainan yang ditawarkan adalah:

  • Prey RM199 RM99.50
  • Elder Scrolls V: Skyrim Special Edition RM158 RM79
  • Fallout 4 RM118.50 RM79.39
  • Doom RM118.50 RM79.39
  • Dishonored 2 RM158 RM118.50
  • The Evil Within RM105 RM26.25

Bethesda juga menawarkan permainan-permainan dalam bentuk berkas seperti berkas Fallout 4 berharga hanyalah RM198.60 daripada harga asalnya RM463.50. Siri permainan-permainan klasik juga ditawarkan dengan harga yang murah seperti Wolfenstein 3D dengan hanyalah RM3.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat pelbagai permainan keluaran Bethesda dengan murah di Steam sekarang.

Jualan Promosi Steam : QuakeCon