Informasi Permainan Video Terkini
Overwatch PTR – Kemaskini Watak Mercy Memberi Perubahan Bentuk Permainan Yang Mendadak

Overwatch PTR – Kemaskini Watak Mercy Memberi Perubahan Bentuk Permainan Yang Mendadak

Diterbitkan pada Ogos 25, 2017 oleh .

Blizzard hari ini mengumumkan kemaskini terbaru untuk watak Mercy dengan beberapa perubahan – terutamanya untuk serangan Ulti. Buat masa sekarang ia hanyalah untuk pemain di Overwatch PTR sahaja bagi membolehkan Blizzard membuat ujian terhadap permainan tersebut.

Serangan ulti Mercy bukan lagi Resurrect, dimana sebelum ini Mercy berupaya untuk menghidupkan semula pemain-pemain lain. Teknik tersebut bakal tiba sebagai teknik kedua dimana pemain tidak perlu mengumpul meter ulti lagi. Mercy kini tidak lagi menghidupkan semua pemain berdekatan, tetapi ia akan memfokuskan satu sahaja pemain yang boleh dihidupkan dan ia memerlukan masa 30 saat untuk melakukan teknik itu semula.

Manakala untuk ulti utama Mercy pula, pemain berupaya untuk mengaktifkan Valkyrie, iaitu pemain mendapat penaik-tarafan dari segi serangan dan juga kemahiran selama 20 saat. Ketika Mercy berada di mod Valkyrie, pemain dapat menyembuhkan pasukan secara berdekatan, peluru serangan Mercy akan menjadi tidak terhad dan semakin kuat, serta Mercy berupaya untuk terbang. Masa untuk teknik Mercy membuat semula kemahiran tersebut juga dikurangkan ke 10 saat ketika Mercy berada di mod Valkyrie.

Selain Mercy, Dva juga mendapat beberapa perubahan seperti keupayaan untuk menembak sambil terbang. Ini adalah beberapa perubahan dan kemaskini yang tiba di Overwatch PTR sahaja buat masa ini. Anda dapat mencubanya sekarang di Overwatch PTR khas untuk PC.