Skip to main content

Bagi anda yang meminati permainan aksi tembak-menembak, semestinya salah satu permainan yang dinantikan adalah Call of Duty : WWII. Permainan yang mengambil latar masa sekitar perang dunia kedua ini bakal dilancarkan pada bulan November ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Kini, bagi anda yang telah sedia pra-tempah permainan berkenaan, anda kini diberikan akses untuk beta tertutup permainan tersebut pada penghujung minggu ini, iaitu daripada hari in sehingga 28 Ogos kelak. Menariknya, jika anda di Malaysia, anda turut boleh mencubanya walaupun tidak pra-tempah.

Anda hanya perlu log masuk ke akaun anda di laman Call of Duty, mendapatkan kod akses beta anda, dan boleh mencubanya bermula daripada hari ini.

Bagi anda yang mempunyai konsol Playstation 4 dan mempunyai akaun Malaysia, anda dapat mencuba Beta tersebut secara percuma. Anda hanyalah perlu ke PSN Store dan memuat-turun Beta tersebut tanpa membuat sebarang pra-tempahan. Jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba beta permainan berkenaan sebelum para pemain lain.

https://twitter.com/CallofDuty/status/900833532024672256

[download] PSN Store Malaysia : Call Of Duty: WWII Multi-Pemain Beta [/download]

Leave a Reply