Informasi Permainan Video Terkini
Razer Hadir Dengan Alat Kawalan Xbox Dilengkapi Teknologi Chroma
PC

Razer Hadir Dengan Alat Kawalan Xbox Dilengkapi Teknologi Chroma

Diterbitkan pada Ogos 24, 2017 oleh .

Razer hari ini telah hadir dengan sebuah alat kawalan khusus ditujukan untuk pengguna di Xbox dan PC, dinamakan sebagai Wolverine Ultimate. Seperti kebanyakkan produk Razer lain, alat kawalan ini juga ditujukan kepada para pemain profesional, dan hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik.

Razer Wolverine Ultimate

Razer Wolverine Ultimate

Pengguna boleh melakukan pelbagai perubahan dan pengubah-suaian kawalan bagi menyesuaikan alat permainan ini dengan anda. Disamping itu, ia turut hadir dengan integrasi Razer Chrome melalui lampu RGB yang boleh diprogramkan.

Alat kawalan permainan ini akan ditawarkan oleh Razer bermula September ini. Harga jualan tempatan masih tidak diketahui lagi buat masa ini.