Informasi Permainan Video Terkini
KFC Menggunakan Permainan Realiti-Maya Untuk Mengajar Kaedah Goreng Ayam
PC

KFC Menggunakan Permainan Realiti-Maya Untuk Mengajar Kaedah Goreng Ayam

Diterbitkan pada Ogos 24, 2017 oleh .

Permainan realiti-maya sememangnya menjadi sesuatu permainan sohor kini antara pembangun-pembangun permainan. Kini, syarikat makanan segera terkenal, Kentucy Fried Chicken(KFC) bakal membangunkan permainan realiti-maya yang mengajar para pemain cara untuk memasak ayam goreng KFC.

Dengan menggunakan Oculus Rift, pemain perlu memeriksa, membasuh, mengadun, menyusun dan menggoreng ayam tersebut dengan bantuan suara pengasas KFC, Colonel Sanders. Walaubagaimanapun, KFC masih lagi belum mengumumkan mereka bakal melancarkan permainan realiti-maya ini untuk pengguna umum ataupun sebaliknya. Mengikut laman Eater, permainan ini merupakan bentuk latihan yang digunakkan untuk melatih staf-staf KFC untuk belahar memasak ayam goreng tersebut. Mereka juga menyatakan proses masakan ayam goreng KFC memerlukan 25 minit untuk disiapkan, tetapi di dalam permainan realiti-maya, pemain hanyalah perlukan 10 minit sahaja.

Ini adalah bukan kali pertama KFC mencipta sesuatu teknologi yang unik. Sebelum ini KFC pernah melancarkan kotak makanan KFC yang berupaya menjadi sebuah alat kawalan permainan. Mungkin juga permainan realiti-maya ini hanyalah pengiklanan publisiti oleh KFC.