Setelah jumlah jualan melebihi 250,000 unit untuk Revolution Pro Controller yang pertama oleh Nacon sejak ia dilancarkan pada Disember 2016 lepas, semestinya ramai menantikan generasi kedua untuk alat kawalan permainan berkenaan. Terkini, pihak Nacon telah mengumumkan Revolution Pro Controller 2, iaitu alat kawalan permainan khas yang ditujukanbuat pemain profesional.
Revolution Pro Controller 2 akan mengandungi beberapa fungsi baru seperti konfigurasi empat butang pintas secara manual, konfigurasi segara, pengubahsuai untuk analog kiri dan juga kanan dan juga untuk menukar D-Pad ke 4 arah atau 8 arah.
Fungsi lain yang diumumkan juga termasuklah penukaran kabel ke USB-C yang lebih ringkas dan selamat untuk digunakan, keupayaan untuk menggunakkannya di PC dan juga antaramuka yang baru dan boleh diubahsuai.
Nacon masih belum mengumumkan tarikh pelancaran alat kawalan ini, tetapi mereka menyatakan ia bakal dijual pada musim panas ini.