Skip to main content

Bagi mereka yang menanti beta tertutup untuk permainan perlawanan terbaru dari Bandai Namco, Dragonball FighterZ, kini akhirnya pendaftaran telah dibuka, dan anda boleh membuat pendaftaran untuk menguji beta permainan perlawanan tersebut.

Beta tersebut akan berlangsung daripada 16 hingga 17 September di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Anda hanya perlu meletakkan nama, e-mel dan pengesahan umur untuk mendaftar beta tersebut. Seterusnya, anda akan menerima pengesahan untuk mencubanya sekiranya terpilih. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Dragonball FighterZ lebih awal.

[info] Daftar : Beta Tertutup Dragonball FighterZ [/info]

Leave a Reply