Sempena Gamescom 2017 minggu ini, Bethesda Softworks telah mengumumkan tarikh pelancaran permainan-permainan realiti-maya terbitan mereka, termasuk antaranya adalah Skyrim VR, DOOM VFR dan Fallout VR. Bethesda mengatakan ia akan tiba tahun ini.

Bagi permainan realiti-maya Skyrim VR, ia bakal tiba di Playstation VR pada 17 November ini. Manakala permainan Doom VFR akan tiba 1 Disember ini buat Playstation VR dan juga HTC Vive. Fallout VR pula akan tiba 12 Oktober ini secara esklusif di HTC Vive.

Buat masa ini, Bethesda Softworks masih lagi belum menyatakan Fallout VR akan esklusif selamanya di HTC Vive atau hanya esklusif untuk tempoh terhad sahaja. Bethesda juga tidak menyatakan adakah permainan realiti-maya ini bakal dikemaskini secara percuma ataupun pemain perlu membelinya sekali lagi untuk menikmati realiti-maya tersebut.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang masih lagi belum bermain permainan ini, ketiga-tiga permainan ini boleh dibeli dan dimainkan sekarang di Playstation 4, Xbox One dan PC secara biasa.

Sohor Kini