Brink – Permainan Oleh Bethesda Kini Percuma

Selepas 6 tahun pelancaran permainan Brink, Bethesda Softworks kini mengubah permainan tersebut ke permainan percuma yang anda boleh muat-turun sekarang di Steam.

Brink adalah permainan aksi penembak pandang pertama, dimana ia mempunyai bentuk permainan yang sangat pantas dan juga pemain berupaya untuk parkour di pentas permainan tersebut. Ia dibangunkan oleh Splash Damage dan dikeluarkan oleh Bethesda Softworks. Pada 2011, ia dilancarkan di Playstation 3, Xbox 360 dan PC. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan multi-pemain dengan keupayaan pemain untuk memilih empat kelas senjata antaranya adalah Soldier, Engineers, Medic dan Operatives.

Anda kini boleh memuat-turun permainan ini secara percuma sekarang di Steam. Jangan lepaskan peluang untuk memcuba permainan aksi penembak pandang pertama yang dilancarkan 2011 yang lepas.

Steam : Brink

Sohor Kini