Informasi Permainan Video Terkini
Dragonball Fighter Z Akan Dilancarkan Pada Februari 2018 – Hadir Bersama Edisi CollectorZ
PC

Dragonball Fighter Z Akan Dilancarkan Pada Februari 2018 – Hadir Bersama Edisi CollectorZ

Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 oleh .

Bandai Namco sebelum ini sedia memperlihatkan watak-watak dalam permainan Dragoball FighterZ akan datang, termasuk antaranya adalah Krillin, Picollo, Android 18 dan Android 16. Hari ini, mereka turut mempertontonkan video acah terbaru yang penuh aksi – sekaligus menambah lagi beberapa watak baru untuk permainan berkenaan.

Antara watak terbaru yang dipertontonkan melaui video terbaru ini adalah Android 17, bersama-sama dengan aksi watak Krillin, Picollo, Android 16 dan juga Android 18. Bandai Namco juga memperlihatkan bentuk permainan dan serangan khas ikonik yang diambil dari siri anime Dragonball Z. Video acah tersebut ini juga turut mempertontonkan cebisan dari mod penceritaan yang bakal dilancarkan bersama permainan tersebut – malah turut memperlihatkankostum tambahan untuk Android 18.

Pada masa yang sama, Bandai Namco juga turut mengumumkan edisi CollectorZ yang bakal menyertakan sebuah figura khas Goku, esklusif Steelbook bersama 3 papan seni khas.

Dragonball FighterZ adalah permainan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan diterbitkan oleh Bandai Namco. Ia bakal dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada Februari 2018.