Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Untuk Star Wars: Battlefront II Akan Bermula Pada 6 Oktober
PC

Beta Terbuka Untuk Star Wars: Battlefront II Akan Bermula Pada 6 Oktober

Diterbitkan pada July 10, 2017 oleh .

EA pada acara E3 2017 yang lepas telah mempertontonkan permainan Star Wars : Battlefront II kepada umum, sekaligus memperlihatkan penawaran permainan perseorangan, dan juga berbilang pemain kepada umum.

Permainan ini bakal dilancarkan dalam beberapa bulan lagi, tetapi dalam usaha memberikan pengalaman awal kepada pemain, EA akan menawarkan ia dalam bentuk beta terbuka bermula 6 Oktober ini sehingga 9 Oktober kelak.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda membuat pra-tempahan untuk permainan video ini, maka anda boleh mengakses beta bermula daripada 4 Oktober 2017 ini.

Penawaran beta ini akan turut menyertakan akses kepada Galactic Assault di Naboo, kebolehan bermain berbilang pemain sehingag 40 pemain pada sesuatu masa, mengawal sejumlah watak Star Wars kegemaran anda termasuk pengangkutan, dan turut menyertakan sebuah ciri baru yang dinamakan Multiplayer Starfighter Assault.