Skip to main content

Merancang untuk membeli konsol PlayStation 4 Pro terkini, tetapi menantikan pilihan warna berbeza. Hari ini, Sony membawakan berita gembira untuk anda, memandangkan mereka secara tidak langsung telah mengumumkan konsol PlayStation 4 Pro berwarna putih. Walaubagaimanapun, ia hanya dijual bersama pakej Destiny 2 sahaja buat masa ini.

PlayStation 4 Pro merupakan konsol berkuasa tinggi daripada Sony yang menyertakan ciri-ciri tambahan, termasuk keupayaan memainkan permainan pada kadar paparan lebih tinggi, termasuk sokongan resolusi 4K.

Sony PlayStation 4 Pro Putih

Untuk pakej PlayStation 4 Pro pula, Sony kini menawarkan ia bersama bundle Destiny 2 yang akan ditawarkan pada September 2017 ini. Bersama penawaran permainan fizikal untuk Destiny 2, ia juga turut hadir dengan baucar kandungan digital tambahan untuk Destiny 2.

Buat masa ini, Sony hanya mengumumkan penawaran ini untuk pasaran Eropah sahaja. Kita mungkin melihat penawaran lebih kurang sama diumumkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Sony PlayStation 4 Pro Putih

Leave a Reply