Informasi Permainan Video Terkini
Video Trailer Sinematik Untuk Assassin’s Creed Origins Dipertontonkan
PC

Video Trailer Sinematik Untuk Assassin’s Creed Origins Dipertontonkan

Diterbitkan pada Ogos 20, 2017 oleh .

Bersempena dengan Gamescom 2017, kini Microsoft bersama pihak Ubisoft telah mempertontonkan video trailer terbaru untuk permainan akan datang Assassin’s Creed Origins.

Video promosi terbaru ini memperlihatkan secara kasar jalan cerita untuknya dengan penggunaan cinematic dan lagu latar yang menarik. Ia turut memperlihatkan watak Bayek yang membunuh pelbagai musuh, serta memperlihatkan latar tempat sekitar Mesir.

Pihak Ubisoft turut mengatakan mereka mengoptimasikan permainan ini untuk mengambil kelebihan kuasa pemprosesan Xbox One X, dan memberikan pengalaman lebih baik pada konsol berkenaan.

Assassins’s Creed Origins akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober 2017 ini untuk PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One.