THQ Nordic sedia menjadualkan kehadiran pada acara Gamescom yang akan berlangsung minggu ini untuk berkongsi sejumlah pembangunan terbaru mereka. Walaubagaimanapun, dengan era internet kini, maklumat tertiris lebih awal, dan kini ia dilihat THQ Nordic dijangka mengumumkan sebuah permainan aksi dunia terbuka mereka tersendiri, dikenali dengan nama Biomutant.

Biomutant

Info mengenai ini tertiris melalui sebuah iklan pada majalah permainan di Jerman. Permainan Biomutant ini dilihat akan memfokuskan kepada bentuk permainan “selepas kehancuran dunia”, dan menintegrasikan elemen kung-fu padanya.

Permainan ini dijangka ditawarkan untuk PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One dan akan hadir pada 2018 kelak. Mungkin kita akan mendengar info lanjut mengenai permainan ini pada acara Gamescom kelak.

Sohor Kini