Nintendo Switch telah diperkenalkan pada tahun lepas, dimana ia menawarkan konsol berbentuk hibrid – memudahkan anda memainkan pada skrin televisyen melalui sebuah dok khusus bersaiz besar, ataupun menanggalkannya dan memainkan ia melalui tenaga bateri dan skrin terbina padanya.

Apa pun, salah satu perkara yang kurang digemari pengguna Nintendo Switch adalah dok penyambungnya yang bersaiz besar membuatkan ia sukar dibawa ke mana-mana, atau pada masa yang sama membawa kepada kemungkinan skrin Switch anda boleh tercalar tanpa sengaja ketika proses memasang pada dok dan menanggalkannya.

Nintendo Switch SFANS

Kini, sebagai alternatif untuknya, sebuah dok penyambung mudah-alih dibangunkan pihak ketiga, dan dinamakan sebagai SFANS. Ia menawarkan sambungan HDMI ke televisyen, dan menghubungkan ia terus ke Nintendo Switch – sekaligus membolehkan pengguna terus menikmati permainan pada skrin televisyen melalui Nintendo Switch dengan mudah.

Nintendo Switch SFANS

Seperti dok asal Switch, SFANS turut menawarkan output pada kadar 60fps, dan turut menggunakan dok mudah-alih ini untuk beberapa tujuan tambahan – termasuk memindahkan data ke komputer riba dan lain-lain.

Buat masa ini, SFANS sedang mengumpulkan dana melalui laman Indiegogo, dimana mereka menawarkan dok penyambung mudah-alih ini pada harga $59 (~RM253).

Sohor Kini