Permainan bola sepak Amerika Madden NFL 18 akan dilancarkan pada 25 Ogos hadapan. Ia telah disahkan akan menyokong pelbagai fungsi tambahan pada konsol PlayStation 4 Pro. Malang sekali pihak EA telah mengesahkan sokongan resolusi 4K dan HDR hanya akan disokong selepas melakukan kemaskini pada hari pertama.

Ini adalah sedikit mengecewakan kerana hampir kesemua permainan yang dilancarkan pasca pelancaran PS4 Pro kini menyokongnya terus tanpa kemaskini. Madden NFL 18 ialah permainan pertama di dalam siri ini yang menggunakan enjin Frostbite bagi membawakan grafik yang lebih realistik.

Sohor Kini