Akhirnya, Pokemon Legenda Mewto Akan Ke Pokemon Go

Mewto ialah antara Pokemon legenda yang paling sukar ditangkap di dalam Pokémon Red, Pokemon Blue dan Pokemon Yellow. Bagi pemain Pokemon Go, Mewto akan akhirnya hadir ke permua ini tetapi tidak mengejutkan ia bukanlah Pokemon yang mudah ditangkap.

Mewto muncul di dalam Pokemon Go di sebuah acara khas yang berlangsung di Jepun. Di masa hadapan ia hanya akan ditawarkan kepada pemain di dalam acara Exclusive Raid Battles. Berbeza dengan acara raid biasa di gimnasium, pemain perlu terlebih dahulu menerima jemputan untuk menyertai Exclusive Raid Battles. Pra-syarat menerima jemputan ialah pemain pernah melakukan raid di sekitar gimnasium dimana Exclusive Raid Battles akan dilangsungkan.

Menurut Niantic, Exclusive Raid Battles akan ditawarkan kepada pemain seluruh dunia dalam masa terdekat. Mewto akan menjadi Pokemon legenda selepas Articuno, Zapdos, Moltres, dan Lugia. Apakah Pokemon legenda yang anda inginkan seterus di dalam Pokemon Go?

Sohor Kini