Skip to main content

Songbringer adalah sebuah permainan aksi pertempuran pixel yang dibangunkan oleh hanya seorang pembangun sahaja iaitu dari Wizard Fu Games.

Songbringer adalah permainan aksi pengembaraan seni pixel yang mengandungi dunia dijana berdasarkan kepada pengembaraan. Ia boleh dimainkan secara perseorangan atau juga dengan rakan-rakan sehingga 2 orang. Permainan ini mengandungi aksi pertempuran yang pantas dengan pelbagai senjata dan pemain boleh menaik-taraf watak pemain untuk mempelajari kuasa dan teknik pertempuran baru. Dengan naratif yang mendalam serta immersif, pemain akan mengawal watak Roq, dan ditemani robot pembantu Jib untuk menyelamatkan dunia dari ditakhluki musuh jahat.

Pembangun permainan ini menyatakan permainan ini bakal tiba pada tahun ini di Playstation 4, Xbox One dan PC pada harga $19.99(~RM86) secara digital.

Leave a Reply