Skip to main content

Re:Legend merupakan salah satu permainan video yang dibangunkan oleh pembangun permainan di Malaysia iaitu Magnus Games. Permainan ini masih lagi dibangunkan buat masa sekarang, dan mereka sedang mengumpulkan dana melalui Kickstarter.

Re:Legend adalah permainan penjanaan raksasa yang mengandungi elemen-elemen memancing, berkebun, crafting, pembinaan dan juga multi-pemain yang asalnya dirancang untuk PC.

Kini, Magnus Games mencapai sasaran untuk melancarkan permainan tersebut di konsol Playstation 4, Nintendo Switch dan Xbox One setelah mencapai sasaran S$;310,000(~RM977,000). Buat masa ini permainan ini dijadualkan untuk pelancaran pada Jun 2018.

Masih berbaki sekitar 11 hari lagi sebelum kempen Kickstarter untuk permainan ini ditutup. Anda boleh melayari laman rasmi Kickstarter permainan ini untuk memberikan sokongan, menyumbang dana, dan membantu pembangun permainan dari Malaysia, Magnus Games melancarkan permainan ini.

[info] Laman Kickstarter : Re:Legend [/info]

Leave a Reply