Razer merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena permainan video. Baru-baru ini, Razer dengan MOL telah mengumumkan kerjasama untuk zGold – mata wang digital, dan bersempena dengannya, kini Razer menganjurkan sebuah acara dan aktiviti selama 2 hari di Kuala Lumpur.

Beberapa aktiviti dijadualkan pada 19 Ogos dan 20 Ogos 2017 ini, termasuk kejohanan Overwatch 3v3, SFV 1v1, dan peluang untuk bertemu dengan CEO Razer, iaitu Min-Liang Tan.

Razer juga dijangka akan berkongsi lanjut mengenai zGold dan kerjasama dengan pihak MOL pada acara yang sama.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri hari ini, dan hadirkan diri pada penghujung minggu ini di Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

Layari : ZGOLD-MOLPOINTS AFK @ MALAYSIA

Sohor Kini