Informasi Permainan Video Terkini
Dragon’s Dogma: Dark Arisen Akan Datang Ke PS4 Dan Xbox One Pada Bulan Oktober Ini

Dragon’s Dogma: Dark Arisen Akan Datang Ke PS4 Dan Xbox One Pada Bulan Oktober Ini

Diterbitkan pada Ogos 11, 2017 oleh .

Bulan lepas Capcom mengumukan tarikh pelancaran Dragon’s Dogma: Dark Arisen di Jepun iaitu pada 5 Oktober. Lanjutan daripadanya, hari ini Capcom akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran Dragon’s Dogma: Dark Arisen edisi global iaitu pada 3 Oktober, 2 hari lebih awal dari pelancaran Jepun.

Dragon Dogma: Dark Arisen sebelum ini telah dilancarkan untuk PC pada tahun lepas. Setelah dinantikan sekian lama, akhirnya kini ia turut akan ditawarkan untuk konsol-konsol utama. Ia merupakan permainan penambah-baikkan dari PS3 dan Xbox 360 pada tahun 2013 lepas. Kini ia hadir dengan lebih banyak penambahan kawasan, kesemua DLC, kelengkapan baru dan sebagainya.

Dragon Dogma adalah permainan aksi dunia terbuka yang diarah oleh Hideaki Itsuno, iaitu beliau terkenal dengan siri Devil May Cry. Pada bulan Oktober ini, ia bakal ditawarkan untuk PlayStation 4 dan juga Xbox One.