Skip to main content

Pada E3 2017 Jun lepas, Bethesda Softworks telah mengumumkan siri permainan Dishonored yang baru iaitu Dishonored: Death Of The Outsider. Ia merupakan permainan mandiri, dimana ia memfokuskan kepada watak baru yang dinamakan Billie Lurk.

https://www.youtube.com/watch?v=sbfVx-HLBRU

Tidak seperti Dishonored 2, pemain hanya boleh mengawal satu watak sahaja untuk permainan ini. Dishonored: Death Of The Outsider menceritakan Bllie Lurk bersama gurunya, Daud, mengembara untuk membunuh musuh seakan dewa dikenali sebagai Outsider. Seperti yang dipertontonkan di trailer, Billie Lurk bakal mempunyai pelbagai kuasa serangan yang unik dan berbeza dari siri permainan Dishonored yang asal sebelum ini.

Dishonored: Death Of The Outsider bakal dilancarkan pada 15 September ini, membawakan tanda harga $29.99(~RM129) di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply