Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Bakal Memperkenalkan Mod Permainan Deathmatch Pada Overwatch
PC

Blizzard Bakal Memperkenalkan Mod Permainan Deathmatch Pada Overwatch

Diterbitkan pada Ogos 11, 2017 oleh .

Jeff Kaplan, pengarah permainan Overwatch dari Blizzard menyatakan mod permainan Deathmatch bakal tiba di Overwatch tidak lama lagi. Mod ini sekarang boleh dicuba di Overwatch PTR bagi para pemain PC. Mod permainan terbaru ini bakal diadakan di dalam dua bentuk iaitu secara berpasukan dan juga secara perseorangan.

Jeff Kaplan juga menerangkan akan terdapat beberapa kelainan pada mod ini, termasuk seperti keupayaan Mercy menghidupkan semula pemain akan mengurangkan markah pasukan pemain musuh. Mod permainan ini juga bakal dimainkan di kawasan yang sedia ada tetapi diubahsuai supaya ia sesuai dengan mod permainan deathmatch.

Buat masa ini, Blizzard masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk mod permainan ini. Bagi mereka yang ingin mencuba mod tersebut, anda boleh ke memcubanya di Overwatch PTR di PC sekarang.