Informasi Permainan Video Terkini
Megaton Rainfall – Permainan Adiwira Realiti-Maya Diumumkan Untuk PS4 Dan PSVR

Megaton Rainfall – Permainan Adiwira Realiti-Maya Diumumkan Untuk PS4 Dan PSVR

Diterbitkan pada Ogos 10, 2017 oleh .

Bagi mereka yang ingin menjadi adiwira seperti Superman, anda mungkin berpeluang untuk mencapai cita-cita anda itu melalui permainan Megaton Rainfall akan datang. Pendatimensional Games, pembangun permainan tersebut kini telah mengumumkan yang mana permainan ini bakal tiba di Playstation 4 dan Playstation VR pada 26 September ini.

Megaton Rainfall memberi peluang kepada para pemain untuk menjadi adiwira dengan kuasa kebal, kuasa serangan tenaga dan berkeupayaan untuk terbang. Pemain juga berupaya untuk memusnahkan bangunan-bangunan dan menjalankan misi untuk menyelamatkan bumi dari serangan makhluk asing dan anasir jahat. Permainan ini merupakan permainan dalam bentuk penembak pandang pertama.

Pembangun permainan ini juga menyatakan pemain boleh memainkan permainan ini di dalam bentuk realiti-maya dan juga secara biasa dengan televisyen. Bagi pemain di PC pula, versi Steam akan diumumkan kemudian.