Sony sebelum ini telah mengumumkan yang mana kemaskini PS4 5.0 System Update bakal hadir tidak lama lagi, dan mereka telah memulakan pencarian para pemain yang ingin mencuba versi betanya. Sehingga kini, pihak Sony masih tidak berkongsi mengenai perkara baru yang akan hadir melaui kemaskini tersebut kelak.
Terkini, Eurogamer berkongsi maklumat tertiris mengenai apakah yang bakal dibawakan oleh kemaskini tersebut, dan antaranya adalah:
- Kebolehan strim 1080/60FPS ke Twitch daripada PS4 Pro
- Mengikuti sebarang rakan di PSN – dan tidak terhad kepada pembangun, individu popular, dan sebagainya. Pemain akan turut disediakan pilihan kawalan privasi untuk mengelak seseorang rakan mengikuti anda.
- Boleh melihat notifikasi dan status muat-turun daripada Quick Menu yang diakses menggunakan butang PlayStation.
- Memberikan lebih kawalan kepada ibu bapa untuk mengawal akaun anak-anak dengan akses ke PSN.
Buat masa ini, tiada sebarang info berkaitan tarikh pelancaran rasmi untuk PS4 5.0 Update ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut secara rasmi daripada Sony berkaitan kemaskini ini dalam minggu-minggu akan datang.