Apollo Justice: Ace Attorney merupakan permainan yang dilancarkan di Nintendo DS pada tahun 2008. Kini, Nintendo mengumumkan permainan tersebut bakal dilancarkan semula khas di Nintendo 3DS eShop pada November akan datang. Dengan pelancaran permainan tersebut, keenam-enam permainan siri utama Ace Attorney kini lengkap boleh dibeli dan dimain pada Nintendo 3DS.
Versi 3DS untuk permainan Apollo Justice: Ace Attorney akan disertakan dengan penambah-baikkan dari segi visual, sekaligus memberi visual yang lebih cantik, tajam dan animasi yang lebih terperinci. Versi 3DS permainan ini juga akan mengandungi dwi-bahasa iaitu bahasa Jepun dan Inggeris. Pemain boleh menukar bahasa untuk permainan ini dan setiap bahasa yang dipilih mempunyai latar belakang, hasil seni dan papan tanda yang berbeza.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan siri permainan Ace Attorney yang ke-empat ini di Nintendo 3DS eShop November kelak.