Skip to main content

Vainglory, salah satu permainan MOBA popular pada peranti mudah-alih telah mula menawarkan kemaskini terbaru untuk permainan berkenaan, iaitu versi 2.7. Menjadi fokus pada kemaskini ini adalah sebuah adiwira baru dinamakan Reza.

Reza Vainglory

Watak Reza adalah watak assassin berasaskan api. Untuk tempoh tujuh hari pertama, ia terhad untuk dibeli menggunakan ICE, dan anda boleh membeli ia menggunakan Glory bermula minggu hadapan.

Bersama-sama dengan pengenalan Reza, Vainglory turut memperkenalkan beberapa skin baru untuk Rona, Grace, Fortress dan juga Celeste.

Leave a Reply