Informasi Permainan Video Terkini
Menggunakan Xbox One? Kini Anda Boleh Dapatkan Aplikasi Spotify Untuk Menstrim Lagu

Menggunakan Xbox One? Kini Anda Boleh Dapatkan Aplikasi Spotify Untuk Menstrim Lagu

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Spotify semestinya merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi para pengemar muzik. Melaluinya, ia membolehkan anda mendaftar akan dan mendengar lagu kegemaran dengan mudah. Pada langganan bulanan juga, anda boleh membuang iklan dan mendapatkan beberapa ciri-ciri tambahan melaluinya.

Spotify ditawarkan untuk pelbagai peranti, dan untuk konsol, sehingga kini ia hanya ditawarkan untuk PlayStation 4 sahaja. Kini, hari ini ia berubah apabila pihak Spotify telah pun melancarkan aplikasi mereka secara rasminya untuk Xbox One.

Spotify

Bagi anda yang menggunakan konsol Xbox One, anda boleh memuat-turun aplikasi Spotify daripada Xbox Store hari ini. Walaubagaimanapun, seperti kebiasaan, anda perlu mengubah negara dan rantau Xbox Store anda sebelum dapat memuat-turunnya.

Menggunakan aplikasi berkenaan, anda boleh mengawal lagu yang anda dengar dalam permainan mengikut lagu kegemaran anda, selain turut mengikuti koleksi lagu memfokuskan permainan dan sebagainya.