Skip to main content

Super Evil Megacorp hari ini mengumumkan yang mana mereka telah menerima suntikan dana berjumlah $19 juta (~RM81 juta) daripada sejumlah pelabur sedia ada – sekaligus membolehkan mereka terus memperkembangkan permainan dan penawaran mereka ke peringkat seterusnya.

Super Evil Megacorp buat masa ini telah menerbitkan permua Vainglory yang mana mempunyai para peminat dan pemain tinggi di seluruh dunia. Ia juga sedia mempunyai e-sukan tersendiri, dan permainan ini ditawarkan secara percuma kepada semua.

Menjadi kelebihan penerbit ini adalah enjin permainan mereka yang dinamakan E.V.I.L, dimana melaluinya mereka bukan sahaja memfokuskan kepada permainan yang mesra pada peranti mudah-alih, tetapi juga pada prestasi dan grafik permainan berkenaan.

Pihak Super Evil Megacorp juga turut mengumumkan mereka akan memperkenalkan ciri permainan 5v5 pada Vainglory tidak lama lagi.

Leave a Reply