Assassin’s Creed Origins merupakan salah satu permainan yang dinantikan ramai daripada Ubisoft. Terkini, pihak IGN baru sahaja berkongsi bentuk permainan Assassin’s Creed Origins di Xbox One X. Ia memaparkan visual 4k yang boleh dimain khas pada konsol Xbox One X. Bentuk permainan yang diperlihatkan juga memfokuskan misi sampingan yang pemain boleh lakukan ketika bermain dalam permainan ini.
Assassin’s Creed Origins adalah permainan keluaran Ubisoft yang akan dilancarkan pada 27 Oktober 2017 di Playstation 4, Xbox One dan PC.