Informasi Permainan Video Terkini
Warner Bros. Interactive Entertainment Mengumumkan Urusniaga Mikro Untuk Permainan Shadow Of War
PC

Warner Bros. Interactive Entertainment Mengumumkan Urusniaga Mikro Untuk Permainan Shadow Of War

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Middle Earth: Shadow Of War merupakan permainan sekuel untuk Middle Earth: Shadow Of Mordor yang dilancarkan pada tahun 2014 lepas. Middle Earth: Shadow War bakal dilancarkan pada 10 Oktober 2017 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC. Permainan ini dibangunkan oleh Monolith Productions dan dikeluarkan oleh Warner Bros. Interactive Entertainment. Kini, Warner Bros. Interactive Entertainment turut mengumumkan mereka bakal menyertakan urusniaga mikro untuk permainan akan datang ini.

Pemain boleh melakukan urusniaga mikro ini melalui, The Market iaitu sebuah kedai di dalam permainan tersebut khas untuk pemain membeli barangan seperti Loot Boxes, War Chest, XP Boost dan Bundles.

Terdapat dua cara untuk membeli barangan tersebut iaitu dengan menggunakan Mirian atau Gold. Pemain boleh mendapatkan mata wang Mirian dengan melakukan misi, dan memusnahkan Orcs sepanjang permainan tersebut.

Bagi mata wang Gold pula, pemain boleh menggunakan wang betul untuk membeli di Playstation Store, Xbox Store atau di Steam. Pemain juga akan mendapat Gold dengan kuantiti rendah setelah berjaya menyelesaikan beberapa misi dalam permainan berkenaan.

Warner Bros. Interactive Entertainment menyatakan bahawa setiap barangan yang diperoleh dengan membeli mengguna urusniaga mikro ini turut boleh diperoleh tanpa membeli dengan wang betul. Urusniaga mikro ini hanyalah digunakan sebagai jalan pintas untuk pemain mendapat barangan dan kelengkapan bagi permainan tersebut.

Pembangun permainan ini juga mengumumkan mod Online Conquest dimana pemain boleh menjajah kubu pemain lain secara atas-talian untuk mendapatkan War Chest. Ini adalah mod kompetitif yang juga akan menyertakan pertempuran berkedudukan untuk pemain-pemain bertanding.

Bagi peminat siri permainan Middle Earth, apakah pendapat anda berkenaan urusniaga mikro ini? Adakah ia merupakan satu pilihan yang baik untuk permainan ini?