Informasi Permainan Video Terkini
PSX 2017 SEA : Marvel vs Capcom – Infinite Turut Menyertakan Ciri Auto Combo Untuk Pemain Baru
PC

PSX 2017 SEA : Marvel vs Capcom – Infinite Turut Menyertakan Ciri Auto Combo Untuk Pemain Baru

Diterbitkan pada Ogos 6, 2017 oleh .

Bagi para peminat permainan berbentuk aksi lawan, mungkin salah satu permainan yang dinantikan anda adalah Marvel vs Capcom : Infinite yang bakal hadir pada September 2017 kelak.

Marvel vs Capcom

Sebelum ini, kita telah sedia melihat pihak pembangunnya berkongsi mengenai sejumlah watak yang disertakan pada permainan ini. Kini, bersempena acara PSX 2017 SEA yang berlangsung di Kuala Lumpur, mereka turut mengambil peluang untuk berkongsi beberapa ciri-ciri memfokuskan kepada pemain baru.

Dua ciri utama adalah Auto Combo dan juga Easy Hyper Combo. Ia memudahkan para pemain baru untuk membuat serangan “combo” dengan mudah, tanpa risau perlu menekan gabungan kekunci yang sukar.

Marvel vs Capcom : Infinite ini akan ditawarkan untuk Xbox One, PlayStation 4 dan juga pada PC pada September ini.