Gran Turismo Sport merupakan permainan lumba kereta yang akan datang, mengintegrasikan pelbagai mekanisma seumpama lumba kereta sebenar. Malah, ia turut akan menyertakan sokongan e-sukan yang akan dibahagikan kepada dua kategori.

Gran Turismo Sport

Menjadi fokus utama pada permainan ini juga adalah sokongan grafik padanya yang menyokong paparan HDR – sekaligus memberikan lebih impak pada permainan berkenaan.

Bersempena dengan PlayStation Experience 2017 South East Asia, pembangun Gran Turismo turut mengambil peluang untuk mempertontonkan keupayaan HDR pada permainan berkenaan secara ringkas.

Gran Turismo Sport akan ditawarkan untuk para pemain bermula Oktober 2017 ini.

Sohor Kini