Bandai Namco kini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan ujian beta terbuka untuk permainan Gundam Versus bagi para pemain di Malaysia bermula 4 September 2017 kelak.

Melalui penawaran beta terbuka ini, ia akan menawarkan kemudahan bermain secara atas talian sehingga 3v3, kemudahan untuk berlawan secara luar-talian, dan Free Battle.

Gundam Versus dibangunkan untuk PlayStation 4, dan bakal dilancarkan dalam versi bahasa Inggeris pada 29 September kelak. Selain pemain dari Malaysia, pemain dari Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia turut boleh mencuba beta terbuka ini pada tarikh sama, 3 petang.

Sohor Kini