Gran Turismo Sport adalah salah satu permaina perlumbaan kereta yang bakal ditawarkan pada bulan Oktober kelak. Menjadi salah satu fokus utama pada permainan video masa kini adalah integrasi arena e-sukan, dan Gran Turismo Sport tidak ketinggalan.
Seperti pernah dikongsikan pada E3 2017 sebelum ini, wakil Gran Turismo hadir pada PSX 2017 SEA kali ini di Kuala Lumpur, berkongsi lanjut mengenai penawaran e-sukan ini.
Ia akna dibahagikan kepada dua liga berbeza, iaitu satu berasaskan negara dinamakan Nations Cup dan juga Manufacturer Fan Cup.
Melalui Nations Cup, ia akan memfokuskan kepada perlawanan e-sukan antara negara, dan digambarkan seumpama perlawanan piala dunia untuk kereta.
Untuk Manufacturer Cup pula, ia lebih kepada peminat sesuatu jenama dan bersaing antara satu sama lain berdasarkan kepada jenama sesuatu kenderaan.
Pemenang untuk permainan akan disambut setiap tahun, selain diberikan kepada pemenang bersama-sama acara FIA Gala tahunan.