Informasi Permainan Video Terkini
Naughty Dog Berkongsi Lanjut Berkenaan Permainan Uncharted: The Lost Legacy

Naughty Dog Berkongsi Lanjut Berkenaan Permainan Uncharted: The Lost Legacy

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017 oleh .

Naughty Dog hari ini berkongsi lebih lanjut berkenaan permainan yang bakal dilancarkan di Playstation 4 22 Ogos ini, iaitu Uncharted: The Lost Legacy.

Kurt Margenau, pengarah permainan bersama Shaun Escayg, pengarah kreatif berkongsi berkenaan info disebalik tabir untuk permainan Uncharted: The Lost Legacy. Mereka menyatakan yang mana kisah penceritaan untuk watak Nathan Drake sememangnya tamat dengan Uncharted 4: A Thief’s End dan mengambil keputusan untuk memfokuskan kepada watak yang diminati ramai oleh peminat, iaitu Chloe Frazer.

Trailer tersebut juga mempertontonkan beberapa babak yang belum ditayangkan lagi sebelum ini kepada umum – antaranya ialah bentuk permainan di kawasan bandar.

Permainan Uncharted: The Lost Legacy bakal hadir secara esklusif di Playstation 4 pada 22 Ogos ini. Bagi anda yang meminati siri permainan tersebut, anda boleh membuat pra-tempahan dengan hanya RM159 di mana-mana pengedar rasmi Playstation.