Informasi Permainan Video Terkini
Sega Mempertontonkan Tahap Bonus Untuk Permainan Sonic Mania Yang Sangat Nostalgia

Sega Mempertontonkan Tahap Bonus Untuk Permainan Sonic Mania Yang Sangat Nostalgia

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017 oleh .

Peminat siri permainan Sonic mesti tidak sabar untuk bermain Sonic Mania yang bakal dilancarkan pada 16 Ogos ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Kini, bersempena dengannya, Sega mempertontonkan sebuah video trailer peringkat bonus yang sangat nostalgia bagi pemain yang pernah bermain siri permainan Sonic ketika di Sega Genesis sebelum ini.

Pemain boleh bermain sebagai Sonic, Tails atau Knuckles dan mengutip sfera biru untuk selesaikan peringkat bonus tersebut. Seperti permainan Sonic 3, setiap sfera biru yang dikutip akan bertukar menjadi merah dan jika pemain menyetuh sfera merah, peringkat bonus tersebut akan dihentikan.

Dengan menyelesaikan peringkat bonus, pemain akan menerima medal perak manakala jika pemain mendapat kesemua sfera biru, pemain akan menerima sebuah medal emas. Pemain boleh ke peringkat bonus dengan memasukan cecincin emas ketika pemain bermain di mana-mana peringkat permainan.

Terdapat juga mod masa dimana pemain perlu menyelesaikan peringkat permainan sepantas yang boleh untuk menyertai kedudukan pemain terpantas di atas-talian.

Sonic Mania bakal tiba pada bulan ini, 16 Ogos di Playstation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Anda juga sudah boleh membuat pra-tempahan sekarang. Bagi peminat permainan Sonic, adakah anda mampu bertanding dengan kepantasan pemain-pemain Sonic yang lain?