Informasi Permainan Video Terkini
Mata Wang Maya World Of Warcraft Kini Lebih Bernilai Berbanding Mata Wang Venezuela
PC

Mata Wang Maya World Of Warcraft Kini Lebih Bernilai Berbanding Mata Wang Venezuela

Diterbitkan pada Ogos 3, 2017 oleh .

Mengikut laporan terbaru, ia dilihat mata wang negara Venezuela, iaitu Bolivar bernilai lebih rendah berbanding dengan mata wang maya yang digunakan pada permainan World of Warcraft. Trend ini dilihat berdasarkan kepada nilai mata wang Bolivar pada pasaran gelap buat masa ini.

Daripada pemerhatian kasar, satu dolar Amerika Syarikat bernilai 12,197 bolivar, dan untuk mata wang maya WoW pula, ia bernilai satu dolar kepada 6,482 emas maya.

Ini secara tidak langsung memperlihatkan mata wang maya WoW bernilai hampir dua kali ganda berbanding dengan Bolivar.

Walaubagaimanapun, mengikut tukaran mata wang rasmi yang diletakkan oleh kerajaan sana, ia bernilai sekitar satu dolar US kepada 10 Bolivar – namun ia tidak digunakan penduduk sana, serta membawa kepada kadar inflasi tinggi di sana.